Drew Barrymore
Drew Barrymore

Drew Barrymore

Drew Blythe Barrymore (lahir 22 Februari 1975)[3] merupakan seorang pelakon, penulis, pengarah, model dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau merupakan cucu kepada pelakon John Barrymore. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak dalam rancangan televisyen, beliau kemudiannya berlakon dalam filem cetera, termasuklah filem paling berjaya beliau, E.T. the Extra-Terrestrial (1982).Beliau pernah mengeluarkan sebuah autobiografi, Little Girl Lost (1991), mengenai zaman kanak-kanaknya yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta dimasukkan ke pusat pemulihan.[1][4] Barrymore pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti Poison Ivy (1992), Scream (1996), dan Ever After (1998). Beliau turut dikenali menerusi kolaborasi bersama Adam Sandler dalam The Wedding Singer (1998), 50 First Dates (2004) dan Blended (2014).Pada 1995, beliau dan Nancy Juvonen telah bersama-sama menubuhkan syarikat produksi, Flower Films.[5] Menerusi syarikat tersebut, mereka menerbitkan beberapa buah filem yang turut dibintangi oleh Barrymore seperti Never Been Kissed (1999), Charlie's Angels (2000), Donnie Darko (2001) dan filem arahan pertama Barrymore, Whip It! (2009). Barrymore pernah memenangi Anugerah Screen Actors Guild dan Golden Globe untuk lakonan beliau menerusi Grey Gardens (2009).

Drew Barrymore

Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penulis
  • Pengarah
  • Model
  • Penerbit
Ibu bapa John Drew Barrymore
Jaid Barrymore
Pasangan
  • Jeremy Thomas
    (k. 1994; c. 1995)
  • Tom Green
    (k. 2001; c. 2002)
  • Will Kopelman
    (k. 2012; c. 2016)
Anak 2
Tahun aktif 1978–kini
Laman web drewbarrymore.com
Kelahiran Drew Blythe Barrymore
(1975-02-22) 22 Februari 1975 (umur 44)[1][2]
Culver City, California, U.S.

Rujukan

WikiPedia: Drew Barrymore http://www.bravotv.com/Inside_the_Actors_Studio/gu... http://drewbarrymore.com http://www.ew.com/article/2013/02/15/monitor-feb-2... http://www.filmreference.com/film/99/Drew-Barrymor... http://www.hellomagazine.com/profiles/drew-barrymo... http://www.imdb.com/name/nm0000106/ http://www.miss-barrymore.com/drew-barrymore/biogr... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...